Putaran hidup ini tak selalunya indah. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita menangis. Tiada yang pasti. Namun, bagi dunia kanak-kanak mereka hanya ingin kegembiraan. Tiada masalah, tiada cabaran atau halangan yang perlu mereka tempuh. Hanya KESERONOKAN dalam dunia mereka.
hati kecil ini terasa ingin kembali ke dunia kanak-kanak
ingin merasa nikmatnya bermain hujan tanpa ada rasa malu
indahnya menangis bergolek di lantai kerana ingin kan KFC
rindunya untuk dipakaikan baju oleh si IBU
manisnya bila berkejaran dengan si ABAH kerana tak mau di guntingkan rambut
Detik yang berlalu tidak akan kembali
kenangan itulah yang mampu mengukirkan senyuman dibibir kerana tahu detik tersebut akan berulang namun watak sikecil bukan lagi milik AKU.
P/S : fuhh!! berpuitis jugak aku ni
No comments:
Post a Comment
borak-borak santai ^^