Thursday 24 July 2014

Kahwin

Assalamualaikum uolss..

Wah, bapak lama aku tak update stori kat sini. Nak kate busy memanjang tak jugak. Tapi aku memang tak ada idea langsung kot nak kongsi stori yang best-best. Haha, macam la selama ni stori aku best kan.

But hari ini hati macam terdetik je nak menekan keyboard lappy kesayangan ni. Kesayangan la sgt kan padahal abah aku dah banyak kali duk komplen yang lappy aku ni banyak virus, abih rosak komputer dekat ofis dia. Haha, nakal betul la lappy aku ni kan.  Tak memasal tpemilik dia yang comel lote ni kena marah dengan king of my heart. Aduh, tadah je la telinga ni tyme kene komplen tu kan. Lagi pun tyme ni je la aku boleh dengan abah aku duk pot pet pot pet. nanti aku dah kawin tak dapat dah la nak dengar macam tu kan. Dah kena berdiri di atas kaki sendiri dah la. 

Cakap pasal kawin ni kan cam dah teringin bebenor la aku nak kawin. Macam best je kan . Tengok orang zaman sekarang ramai je yang kawin muda, aku yang dah matang ni  belom sampai jodohnya. Teringinnya dah lama tau. Haha, tapi sebelum kawin aku ingt nak stabil kan dulu kewangan aku. Walaupun aku menganggur tapi aku ada la jugak cari makan dengan buat online bisnes. ALHAMDULILLAH adalah jugak rezeki nak guna sendiri. Cuma bila tengok kawan-kawan ada yang dah boleh beli kereta mcm jeles la jugak kan. Tapi sabar belum sampai rezeki aku lagi. Aku percaya yang rezeki aku akan ada juga walau lambat kan. Yang penting aku dah BERUSAHA. Lagi pun aku bukanya tak pernah mencari kerja kan cuma masih belum ada yang sudi nak terima aku. Apa-apa pun korang doa kan aku tau.

Banyak pulak yang nak kawin raya ni ❤️❤️❤️


Tuesday 3 June 2014

Kuatkah aku ???

Assalamualaikum

Duhai hati tabahlah dikau
Duhai hati kuatlah dikau
Walau nampak kuat diluar, namun dalamnya hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI

Aku masih belum mampu untuk menghadapi ujian ini dengan kuat.
Mungkin mereka boleh menasihat untuk bersabar, tapi untuk mendalami apa yang aku rasa belum tentu. Ya mereka juga ada ujian yang tersendiri, namun aku yang terpilih untuk ujian yang paling hebat. YA ALLAH, walaupun begitu aku masih bersyukur kerana boleh bernafas di atas bumi ciptaanMU YA ALLAH.

Monday 2 June 2014

Perancangan ALLAH yang terbaik

Assalamualaikum ^^

Hari - hari aku kini mungkin tak seindah yang aku ingin kan. Ye, perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Aku masih belum ada kekuatan untuk menghadapi ujianMU ini YA ALLAH.

Aku kini terasa sunyi yanh amat. Mungkin ramai yang membeEri semangat, namun tiada siapa pun yang tahu isi hati aku. Apa yang aku rasa. Hurmm, namun aku bersyukur kerana aku yang ENGKAU pilih YA ALLAH.

Aku cuba untuk menjadi kuat. Walaupun kadang-kadang aku terasa rendah diri dengan kejayaan orang lain. Aku ingin menjadi anak yang baik. Anak yang boleh diharap. Dan aku ingin sangkal semua kata-kata buruk orang terhadap aku. Aku lembik, aku macam ini aku macam itu.

Mubgkinkah akan ada bahagia untuk aku. Aku sangat ingin pergi ke suatu tempat yang tiada orang aku kenal. Aku ingin jadi orang lain. Aku tak nak lagi jadi aku yang sekarang.


Wednesday 14 May 2014

NEELOFA INSPIRED WOMAN

Assalamualaikum ^^

Dulu aku memang tak berapa suka dengan NEELOFA. Sebab rasa dia macam gedik je macam mengada je. Lagipun dia pernah ada kontroversi dengan MISSFAZURA kan. Aku ni pulak PEMINAT MISSFAZURA yang sangat GOJES tu. Hehe,dua-dua pun GOJES sebenarnya.

Tapi semenjak dua menjak ni aku memang respek gile kot dengan NEELOFA. Dia memang seorang yang PENUH INSPIRASI dan dia ada MATLAMAT yang TINGGI tau. Macam-macam bisnes die buat, buat PRODUK KESIHATAN  la, ABAYA la dan sekarang LENS pulak. Woow, muda-muda lagi dah ada banyak bisnes kan. Walaupun dia artis, tapi dia memang sangat BIJAK MENGAMBIL PELUANG yang ada. Dia tak kejar populariti  sangat pun sebab dia tahu jadi artis ni bukan untuk selamanya pun kan.  Walaupun nanti dia tak jadi artis, dia dah ada perniagaan yang stabil dah. Selalu jugak la aku duk usha IG die. Memang sangat-sangat teruja tau tengok dia punya semangat menjadi usahawan berjaya.


Bagi aku sekarang, NEELOFA ni idola aku dalam aku nak kejar matlamat hidup aku. Aku nak ada semangat macam dia. Setenang macam dia. Woow, OHSEM sangat kan jadi macam NEELOFA. Walaupun aku tak mungkin la jadi macam NEELOFA, tapi satu hari nanti aku berharap aku akan ada perniagaan  dengan  jenama aku sendiri . 











P/S : Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tiada yang sempurna ^^

Monday 12 May 2014

Minah SELEKEH aku la tu !

Assalamualaikum ^^

Asal ek dua tiga malam ni aku tak boleh tido? Ke aku dah kena penyakit insomnia. Aishh, susah nya nak lelap mata. Dah tu mula la esok terlajak bangun tengah hari. Memang tak boleh dibuat menantu la macam ni. Hurrmm

Tapi dalam aku tak boleh nak tidur ni syok jugak aku duk tengok-tengok model hijabista yang cun-cun. Kalau nak banding dengan aku memang macam langit dengan bumi la. Tyme keluar rumah pun aku malas nak letak apa-apa kat muka walaupun pelembap sekalipun ni kan nak letak krim dengan bedak. Nampak kan nampak sangat pemalas. Haha, tapi aku tak berapa nak kisah sangat cuma mama aku ni la. Kata aku ni tak pandai jaga penampilan diri la, tak pandai nak bergaya la. Sangat selekeh okeyy. Memang aku salute la dekat model-model dan gadis-gadis yang boleh make up sampai berjam-jam baru siap. Banyak benda kot nak ditempek kat muka, dengan pelembap lagi,krim lagi bedak lagi. Bila dah nampak hasil make up macam best la pulak kan. Hehe, SANGAT CANTIK dan CUN MELECUN mek tengok.

Ada tak siapa-siapa yang sudi ajar aku bergaya. Sikit pun jadi la. Hehe, tapi bila tengok aweks aweks yang cun-cun ni macam jeles la jugak. Ye la kan, selalunya orang cantik cun melecun ni mesti banyak keistimewaan. Kadang-kadang bab mintak kerja pun sangat bernasib baik. Tapi tu semua rezeki dari ALLAH kan. Tapi tak pe lah. Tu semua hanya sementara  kan. Lama-lama nanti kita sama-sama melalui usia tua jugak kan.

Ok la selamat malam ASSALAMUALAIKUM ^^

P/S : mohon maaf sekiranya ada tersalah bicara tersilap kata peace yo!

Motipp!!!

Thursday 8 May 2014

Berkata-kata itu mudah

Assalamualaikum ^^

Berkata-kata itu sesuatu yang mudah. Mengkritik itu sesuatu yang mudah. Menasihat juga sesuatu yang mudah. Tapi membuat,melakukan itu yang SUSAH.

Kita tak akan rasa sesuatu selagi kita belum ada ditempat nya. Yer, walaupun kita sedar kita sebenarnya lebih lemah dari yang orang yang sedang melaluinya. Cukuplah kita menyokong dan memberi kata-kata semangat bila dia sedang berusaha di dalam kesulitan.

Tak perlu ditambah rasa garam yang akan memedihkan luka, tapi cukuplah sekadar memberikan pembalut luka walaupun kita tak mampu untuk membalutkannya.

Mengkritik adalah kerana sayang, menasihati juga kerana sayang. Namun, biarlah ia kena pada tempatnya. NAsihat dan kritikan kadang-kadang sukar untuk diterima orang, tapi jika ia adalah untuk kebaikan teruskanlah. Kerana akhirnya dari benci mereka akan sayang. Dari tak suka,mereka akan suka. Dan sekiranya itu tidak berlaku maknanya hati mereka sudah keras dan tidak perlulah dibuka aibnya kerana ALLAH penentu segalanya :)

Selamat malam dan Assalamualaikum

P/S : mohon maaf sekiranya ada terguris dan tersilap bahasa ^^

Wednesday 7 May 2014

Sekadar luahan part 3

Assalamualaikum ^^

Kadang-kadang hidup ni tak seindah yang kita impikan. Hari ni penuh keceriaan esok lusa belum tentu. Hari ini penuh kegagalan esok lusa kita tak tahu. Jatuh bangun hanya kita yang tentukan. Walaupun sebesar mana ujian untuk kita hari ini anggap lah ia sebagai satu anugerah yang orang lain tak akan dapat. Mungkin orang lain pun akan dapat tapi dengan cara yang berbeza, masa yang berbeza dan mungkin tempat juga berbeza.

Senyum,ketawa,menangis itu lumrah kehidupan. Tak semestinya kita tersenyum itu tandanya sedang berbahagia, mungkin disebaliknya kita memendam sesuatu. Hanya harapan yang perlu kita ada untuk teruskan kehidupan.

Aku pernah gagal
Aku pernah jatuh
Aku pernah diejek
Tapi aku tahu semuanya tidak akan kekal selamanya
Aku perlu kuat
Aku perlu Tabah
Dan aku juga perlu tersenyum
Agar sakit itu akan berakhir dengan Kemanisan 

P/S : Mohon maaf andai ada silap dan salah :)