Thursday, 8 May 2014

Berkata-kata itu mudah

Assalamualaikum ^^

Berkata-kata itu sesuatu yang mudah. Mengkritik itu sesuatu yang mudah. Menasihat juga sesuatu yang mudah. Tapi membuat,melakukan itu yang SUSAH.

Kita tak akan rasa sesuatu selagi kita belum ada ditempat nya. Yer, walaupun kita sedar kita sebenarnya lebih lemah dari yang orang yang sedang melaluinya. Cukuplah kita menyokong dan memberi kata-kata semangat bila dia sedang berusaha di dalam kesulitan.

Tak perlu ditambah rasa garam yang akan memedihkan luka, tapi cukuplah sekadar memberikan pembalut luka walaupun kita tak mampu untuk membalutkannya.

Mengkritik adalah kerana sayang, menasihati juga kerana sayang. Namun, biarlah ia kena pada tempatnya. NAsihat dan kritikan kadang-kadang sukar untuk diterima orang, tapi jika ia adalah untuk kebaikan teruskanlah. Kerana akhirnya dari benci mereka akan sayang. Dari tak suka,mereka akan suka. Dan sekiranya itu tidak berlaku maknanya hati mereka sudah keras dan tidak perlulah dibuka aibnya kerana ALLAH penentu segalanya :)

Selamat malam dan Assalamualaikum

P/S : mohon maaf sekiranya ada terguris dan tersilap bahasa ^^

No comments:

Post a Comment

borak-borak santai ^^