Asal ek dua tiga malam ni aku tak boleh tido? Ke aku dah kena penyakit insomnia. Aishh, susah nya nak lelap mata. Dah tu mula la esok terlajak bangun tengah hari. Memang tak boleh dibuat menantu la macam ni. Hurrmm
Tapi dalam aku tak boleh nak tidur ni syok jugak aku duk tengok-tengok model hijabista yang cun-cun. Kalau nak banding dengan aku memang macam langit dengan bumi la. Tyme keluar rumah pun aku malas nak letak apa-apa kat muka walaupun pelembap sekalipun ni kan nak letak krim dengan bedak. Nampak kan nampak sangat pemalas. Haha, tapi aku tak berapa nak kisah sangat cuma mama aku ni la. Kata aku ni tak pandai jaga penampilan diri la, tak pandai nak bergaya la. Sangat selekeh okeyy. Memang aku salute la dekat model-model dan gadis-gadis yang boleh make up sampai berjam-jam baru siap. Banyak benda kot nak ditempek kat muka, dengan pelembap lagi,krim lagi bedak lagi. Bila dah nampak hasil make up macam best la pulak kan. Hehe, SANGAT CANTIK dan CUN MELECUN mek tengok.
Ada tak siapa-siapa yang sudi ajar aku bergaya. Sikit pun jadi la. Hehe, tapi bila tengok aweks aweks yang cun-cun ni macam jeles la jugak. Ye la kan, selalunya orang cantik cun melecun ni mesti banyak keistimewaan. Kadang-kadang bab mintak kerja pun sangat bernasib baik. Tapi tu semua rezeki dari ALLAH kan. Tapi tak pe lah. Tu semua hanya sementara kan. Lama-lama nanti kita sama-sama melalui usia tua jugak kan.
Ok la selamat malam ASSALAMUALAIKUM ^^
P/S : mohon maaf sekiranya ada tersalah bicara tersilap kata peace yo!
Motipp!!! |
No comments:
Post a Comment
borak-borak santai ^^