Wednesday, 18 September 2013

Kita Tak Sama, Tapi Kita Sahabat Selamanya

Assalamualaikum uolss..

Bukan senang sebenarnya kita nak jumpa dengan seseorang sahabat yang boleh memahami dan menerima kita seadanya. Mungkin sebelum kita jumpa dengan sahabat yang baik, kita pasti akan jumpa dengan orang yang salah dulu. Macam aku jugak lah, akupun  pernah jer alami situasi macam tu. Aku pernah ada kawan yang sangat-sangat akrab. Kat mana-mana kami mesti bersama. Kalau kitorang tak bersama memang orang akan nuat orang akan tertanya-tanya la. Dah macam kembar pun ada walaupun tak seiras. Tapi disebabkan sesuatu yang aku sendiri tak tahu puncanya, kitorang jadi macam orang asing. Seperti kitorang tak pernah kenal, tak pernah berkongsi kenangan bersama walaupun sebenarnya adalah sebaliknya. Aku selalu jugak tertanya-tanya, bile dah lama-lama tu aku pun malas dah nak amik port. Tak kesah la orang lain nak pikir apa-apa pun, janji aku tau aku ni macam mana.


 Tapi ALLAH itu MAHA PENYAYANG. Aku ditemukan  dengan teman-teman yang sekarang yang sangat- sangat aku sayang. Pelbagai ragam, perangai, gelagat masing-masing yang membuat kan aku tak pernah bosan untuk bersama dengan diorang.


Sedangkan lidah lagi tergigit kan, inikan pula kawan-kawan. Terkadang tu mungkin kitorang pun ada je terasa hati tapi  tak delah sampai nak gaduh-gaduh. Aku ni kalau dengan diorang mesti aku banyak cakap. Macam-macam nak cerita. Hahaha, dah namapun mek mulut becok kan. Kompem-kompem la kene banyak cakap, diorang ni melayan je aku nak cakap. Ada tu diorang buat tak tahu je kalau aku duk cerita itu ini. Hahaha, jahatkan diorang. 3 tahun dengan diorang memang macam-macam kenangan best yang aku ada. Kenangan jual-jual kuih, kenangan masak-masak. Tapi bila sume dah tamat belajar ni entah bila la buleh jumpa balik. 


Ada yang di Kedah, di Johor, Pahang, Selangor, Perak,Terengganu dan seluruh Malaysia. Hope kite sume akan still contact n tak akan putus hubungan terus tau. Walau kat mana kite sume, kite tetap akan ingat antara satu sama lain. SAHABAT SELAMANYA. Korang kalau nak buat majlis jangan lupa hantar kad pulak. ^^


P/S : Nak cantik-cantik? Jom like page online aku Bella Belo Closet macam-macam hado..



No comments:

Post a Comment

borak-borak santai ^^