Assalamualaikum uolss..
Dah lama benar aku tak menjenguk belog ni. Nak kata busy tu memang tak la kan. Dah nama pun penganggur yang diiktiraf, so maknanya aku ni goyang kaki je la kat rumah. Masa yang ada ni memang berlambak-lambak la. Tapi nak mengupdate tu aku tak ada idea yang menarik. Lagipun aku ni jenis tak pandai nak bercerita, melawak. Belog ni pun rasa boring semacam je kan. Hoho..
Tapi tapi kan, aku sebenarnya ada nak berkongsi something yang agak menarik jugak la. Ops sebelum tu, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI MALAYSIA". Alhamdulillah Malaysia masih lagi aman walaupun macam-macam yang telah berlaku sepanjang taun ni kan. Apa-apa pun aku bangga jadi 'ANAK MALAYSIA' .
Ok, sekarang berbalik kepada cerita yang aku nak cerita, sekarang kan astro bagi percuma ASTRO BINTANG dengan ASTRO PELANGI kalau tak silap aku. Tu sume channel untuk indo pek punya dekat ASTRO la. Hari ni abah aku memang memanjang la duk menonton channel tu. Kejap tukar bintang, kejap tukar pelangi. Aishh memang aku ni kureng skit cite2 indon ni. Aku pun dengan lembut budi bicaranya cakap la dekat abah yang aku nak tengok channel laen n abah aku kasi la aku tukar channel. Tapi baru je aku nak tukar channel laen, aku tertengok la satu rancangan ni "Termehek-mehek" tajuk die. Tak tau la aku apa maksud tajuk tu, tapi rancangan tu memang realiti habis la. Macam rancangan jejak kasih pun ada, tapi ni edisi terjah gitu. Adoi, ada kes yang sedey, ada kes yang menakutkan. Tadi aku tengok kes yang mencari tunang yang lama menghilang, tup tupbile jumpa rupa-rupanya si tunang tu dah ada isteri. Si pompuan tu memang terkejut habis lah, mendiamkan diri untuk berkahwin dengan orang lain. Mengamuk sakan la si perempuan tu. Tapi ending die tu macam sedey la skit, sebab die guna backgroud lagu slow kan. Haha, macam2 kes la korang buleh tengok.
Kadang-kadang bila kita tengok di tv kita cuma boleh rasa kesedihan je kan, tapi pemilik cerita tu lebih merasa keperitannya. Agak-agak kalau Malaysia buat rancangan macam ni kene saman tak???
k bai
P/S : Jagalah hati orang yang kita sayang, jangan pernah sakiti dia kerana setiap perbuatan pasti ada pembalasannya
No comments:
Post a Comment
borak-borak santai ^^